Pada 17.9.2015, pihak sekolah telah mengadakan sambutan Hari Malaysia di dataran perhimpunan sekolah dengan melibatkan semua warga sekolah. Pelbagai aktiviti menarik disediakan oleh pelajar antaranya ialah bacaan sajak oleh Cikgu Ibrahim, persembahan koir, kawat kaki dan pertandingan mengibarkan bendera.
↧
SAMBUTAN HARI MALAYSIA
↧
Dinner Lembaga Pengurusan Asrama
Pada 9 September 2015, pihak sekolah iaitu Lembaga Pengurusan Asrama telah mengadakan jamuan akhir tahun kepada para pengawas asrama, waden dan pihak pengurusan di Hotel Paramount Sibu. Seramai 40 orang pengawas asrama lelaki dan perempuan dijemput untuk memeriahkan majlis ini. Tujuan utama majlis ini ialah untuk memberi penghargaan kepada Lembaga Pengurusan asrama. Selain itu tanda kesyukuran telah menamatkan tugas dan tanggungjawab tahun ini dengan jayanya. Pada malam tersebut, pelbagai persembahan karaoke para pelajar dan guru, juga cabutan tiket bertuah. Majlis ditangguhkan pada jam 0915 malam.
↧
↧
Majlis Keberkatan Ilmu Tingkatan 3
Pada 10.9.2015, Unit Bimbingan dan Kaunseling telah mengadakan majlis keberkatan ilmu kepada para pelajar tingkatan 3. Semua guru dan pelajar berada di dewan untuk menjayakan majlis ini. Tujuan utama majlis ini ialah memberi keberkatan ilmu kepada para pelajar supaya mereka mendapat ketenangan dalam menjawab peperiksaan nanti. Selain itu, memohon ampun dan maaf daripada Tuhan Yang Maha Esa bagi segala kelakuan sepanjang hidup ini supaya memperoleh kedamaian dalam hidup sama ada semasa peperiksaan atau lain-lain hari. Majlis diadakan dengan bacaan doa, disusuli dengan ucapan, memberkati pelajar dan bacaan doa sekali lagi oleh Cikgu Raden Tedong.
↧
Hari Sukan Negara
Pada 10.10.2015, sekolah telah mengadakan aktiviti Sukan Negara. Semua sekolah di seluruh negara bersama-sama bersukan pada hari Sabtu. Tujuan utamanya ialah untuk memberi kesederan kepentingan sukan terhadap kesihatan, selain itu menyemai sikap supaya sentiasa bersukan untuk amalan gaya hidup yang sihat. Semua pelajar dan guru bersama-sama menjayakan aktiviti ini dari 0630 pagi hingga tengahari. Aktiviti dimulakan dengan senaman aerobik dan disusuli dengan permainan bola sepak, badminton, bola jaring dan sebagainya. Semua guru dan pelajar diwajibkan untuk menyertai semua acara yang disediakan oleh pihak sekolah.
↧
MOTIVASI TINGKATAN 6
Pada 16.10.2015, pihak sekolah dari unit tingkatan 6 telah menganjurkan program motivasi kepada semua pelajar Tingkatan 6. Tujuan utama motivasi ini ialah untuk memberi kesedaran kepada semua pelajar supaya telah bersedia menghadapi peperiksaan STPM. Selain itu memberi penekanan bahawa pendidikan sahaja menjamin masa depan baik akademik atau kemahiran. Seramai 80 orang pelajar Tingkatan 6 yang terlibat dengan motivasi ini.
Motivasi dari PK Tingkatan 6 Cikgu Kong Tai Tey
Motivasi dari Unit B&K Cikgu Louis Pasu
Motivasi dari Guru Akademik Cikgu Janting Abau
↧
↧
Ceramah Motivasi oleh KoleJ Segi
Pada 19.10.2015, pihak sekolah didatangi oleh Kolej Segi. Mereka telah menyampaikan motivasi kepada para pelajar mengenai kepentingan pendidikan di masa hadapan. Selain itu, para pelajar diberi peluang berbincang mengenai pendidikan dan kerjaya mereka suatu hari nanti selepas menamatkan pengajian di penringkat ijazah. Seramai 90 orang pelajar tingkatan 5 yang terlibat dengan ceramah ini yang dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah.
↧
Ceramah Kolej Vokasional (Pendidikan kemahiran)
Pada 22.10.2015, pihak sekolah telah menjemput kolej Vokasional Sibu untuk menyampaikan ceramah pendidikan aliran kemahiran kepada para pelajar Tingkatan 3. Tujuan utama ceramah ini ialah untuk memberikan pendedahan kepada para pelajar cara-cara membuat permohonan kemasukan, selain itu menjelaskan kepada para pelajar kepentingan pendidikan teknikal dan kemahiran pada masa kini. 130 orang pelajar Tingkatan 3 yang terlibat dengan ceramah ini yang dianjurkan oleh Unit bimbingan dan Kaunseling sempena minggu pasca PT3.
↧
Lawatan bekas Pelajar
Pada 27.10.2015, 3 orang bekas pelajar datang berjumpa dengan pihak sekolah untuk membincangkan aktiviti alumni yang akan diadakan pada tahun ini. Persatuan bekas pelajar SMKLBS yang dipengerusikan oleh Cikgu Busang telah ditubuhkan 2 tahun lepas. Tahun 2014 telah berjaya diadakan sambutan 50 tahun penubuhan SMK Luar Bandar dengan kerjasama En. Sammy Ngelambai sebagai penyelaras aktiviti ketika itu. Pada tahun ini, beberapa agenda dibincangkan dengan pihak sekolah seperti memberi insentif kepada pelajar cemerlang dan majlis makan malam semua bekas pelajar pada 6.11.2015.
↧
Kolej Teknologi Sarawak menyumbangkan water dispenser
Pada 29.10.2015, Kolej Teknologi Sarawak telah menyumbangkan water dispenser kepada pihak sekolah kerana tanda mengucapkan terima kasih disebabkan selalu menerima mereka mengadakan ceramah dan motivasi kepada para pelajar sekolah ini. Selain itu, mereka juga melahirkan rasa terima kasih kepada pihak sekolah kerana ramai para pelajar telah melanjutkan pengajian di Kolej mereka dalam pelbagai jurusan dan telah menamatkan pengajian dengan jayanya. Water dispenser ini akan ditempatkan di bilik kaunseling untuk kegunaan pelajar dan warga sekolah.
↧
↧
Majlis Keberkatan Ilmu Tingkatan 6
Pada 29.10.2015, Unit Tingkatan 6 serta Unit Bimbingan dan Kaunseling telah mengadakan majlis keberkatan ilmu kepada para pelajar Tingkatan 6. Tujuan utama majlis ini ialah untuk memberi keberkatan ilmu kepada para pelajar sebelum bermulanya peperiksaan STPM semester akhir. Selain itu, untuk meningkatkan semangat motivasi dan juang dikalangan pelajar supaya sentiasa mementingkan pendidikan demi masa depan mereka. Seramai 84 orang pelajar yang terlibat dengan majlis ini.
Ucapan pengetua
Bersalaman dengan pelajar
↧
Lawatan ke UCTS (Pelajar Pasca PT3)
Pada 30.10.2015, Unit Bimbingan dan Kaunseling membawa para pelajar Tingkatan 3 melawat ke UCTS (University College Of Technology Sarawak). Seramai 45 orang pelajar serta 3 orang guru bersama-sama mengiringi pelajar membuat lawatan ini. Tujuan utama lawatan ini ialah untuk memberikan pendedahan kepada para pelajar mengenai gaya pelajaran dan pembelajaran di Universiti. Selain itu, menanam sikap belajar diklangan pelajar demi masa depan mereka. Pelajar juga diberi peluang merasa sendiri bagaimana belajar di Universiti. Aktiviti pada hari itu ialah, para pelajar disambut oleh pegawai-pegawai UCTS dengan diberi satu beg di pintu masuk utama. Kemudian, para pelajar mendengar ceramah selama satu jam, dan kemudian dibawa melawat sekitar kawasan. Akhir sekali, para pelajar diberi jamuan ringan. Lawatan ini ditangguhkan jam 0100 petang.
↧
Majlis Anugerah kecemerlangan Pelajar Asrama
Pada 31.10.2015, unit pengurusan asrama telah mengadakan majlis penyampaian sijil dan hadiah kepada para pelajar asrama. seramai 700 orang pelajar asrama yang terlibat dalam menjayakan majlis ini. Tujuan utama majlis ini ialah untuk memberikan penghargaan kepada para pelajar terhadap sumbangan mereka selama ini. Hadiah-hadiah yang disampaikan semasa majlis ini ialah, asrama terbaik, asrama terbersih, bilik tebersih dan terbaik dan lain-lain. Semasa majlis ini dilangsungkan, para pelajar juga menguji bakat menyanyi masing-masing. Majlis ditamatkan pada jam 2 petang.
↧
Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar Asrama Di Hotel Paramount Sibu
Pada 7.11.2015, Unit pengurusan asrama telah menganjurkan majlis anugerah kecemerlangan pelajar asrama di Hotel Paramount Sibu. Tujuan utama anugerah ini diadakan ialah untuk memberi penghargaan kepada para pelajar asrama yang sudah bertungkus lumus dalam membantu membangunkan asrama sekolah dari segi kebersihan, keceriaan dan pembentukan modal insan yang berkualiti. Selain itu, bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para pelajar cara kehidupan bandar lebih-lebih lagi pelajar yang terlibat adalah mereka yang tinggal di kawasan luar bandar dan pedalaman.
Persembahan nyanyian oleh Pengetua Mr. Wong Teck Ling
Penyampaian siji penghargaan oleh Ketua waden Mr. Shidin
Ibu bapa
Pelajar
Pelajar
Guru dan Pembantu Tadbir
Persembahan pelajar
Persembahan En. Britin
↧
↧
MajLis AnugeraH KeCemerlaNgan
Pada 11.11.2015, Pihak sekolah telah mengadakan majlis Anugerah kecemerlangan pelajar bertujuan memberi penghargaan kepada pelajar yang cemerlang dalam akademik, sukan dan sahsiah. Majlis ini dihadiri oleh setiausaha politik kerajaan iaitu Puan Chumang, PIBG, ibu bapa, guru dan pelajar. Majlis seumpama ini diadakan setiap tahun untuk memberi pengiktirafan kepada pelajar-pelajar cemerlang. Selain itu juga, para pelajar yang cemerlang SPM dan STPM tahun lepas (2014) turut dijemput untuk menerima anugerah masing-masing.
Penyampaian sijil
Ibu bapa
Para pelajar
↧
Sukan TAhuNAn SekolaH
Pada 9 - 13.11.2015, pihak sekolah telah mengadakan sukan tahunan. Sukan ini melibatkan semua pelajar yang diwakili oleh rumah sukan masing-masing. 6 rumah sukan yang bertanding ialah rumah sukan Syarif Masahor, Banting, Patinggi Ali, Rosli Dhoby, Rentap dan Linggir. Tujuan aktiviti sukan ini diadakan adalah untuk melihat bakat pelajar yang berkecenderungan dalam bidang sukan dan permainan. Selain itu memberi kesedaran kepada para pelajar pentingya sukan untuk gaya hidup yang sihat. Pelbagai acara yang dipertandingkan seperti lompat jauh, 800 m, 200 m, 400 m, 1200 m jalan kaki, lompat kijang, lontar peluru dan lain-lain. Pada tahun ini, rumah sukan yang menduduki tempat pertama ialah Syarif Masahor dengan mengumpul 300 lebih mata.
Penyampaian hadiah kepada pemenang
↧
PENDAFTARAN SEKOLAH SESI 2016
Pada 3.1.2016, para pelajar bersama ibu bapa melapor diri di sekolah untuk sesi persekolahan 2016 yang akan dijalankan esok. Para ibu bapa dan pelajar sibuk menguruskan anak masing-masing iaitu mendapatkan buku teks, pembayaran yuran, mendapatkan jadual waktu, mendaftar asrama dan sebagainya. Seramai satu ribu lebih pelajar mendaftar pada hari ini yang rata-rata mereka yang bersekolah berhampiran dengan sekolah ini seperti SK Penghulu Imban, SK St Mathew, SK batu 36, Sk Bt 15 dan lain-lain. Pendafatran dijalankan dari jam 7 pagi hingga 2 petang.
↧
TAKLIMAT PELAJAR ASRAMA awal Tahun 2016
Pada malam 3.1.2016, para pelajar asrama dikumpulkan dan diberikan taklimat oleh Ketua waden dan Hem Sekolah berkenaan dengan disiplin dan peraturan asrama. Semua pelajar berkumpul di dewan bersama dengan waden asrama masing-masing. Setiap tahun taklimat ini diadakan untuk memberi peringatan kepada para pelajar berkenaan disiplin dan tanggungjawab mereka sebagai pelajar asrama.
↧
↧
ORIENTASI TINGKATAN 1 DAN KP 2016
Orientasi ini bermula pada 5 – 8 Januari 2016. Tujuan utama orientasi ini diadakan ialah untuk memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai sekolah, warga sekolah, peraturan, kedudukan kelas, perpustakaan dan lain-lain. Selain itu menyemai sikap kekitaan dikalangan pelajar, tanggungjawab dan usaha untuk kejayaan dan masa depan diri. Orientasi ini dianjurkan oleh Unit B&K dan dibantu oleh guru-guru yang terlibat.
↧
LAWATAN SMK JULAU
Pada 23.1.2016, SMK Julau membuat lawatan penanda aras ke sekolah ini. Tujuan lawatan ini ialah untuk berkongsi ilmu dalam membangunkan pendidikan dan prasarana sekolah. Antara tempat-tempat sekolah yang dilawat ialah asrama, bilik guru, bilik kaunseling, pejabat, perpustakaan, bilik boss dan kawasan sekitar sekolah. Seramai 40 orang murid dan 10 orang guru dari SMK Julau. Para waden dan pihak pengurusan sekolah bersama-sama menjayakan lawatan ini yang diadakan pada hari Sabtu.
lawatan ke asrama
Pelajar dan guru
↧
Orientasi Tingkatan 4
Pada 13.1.2016, unit B&K mengadakan orientasi Tingkatan 4. Tujuan orientasi ini ialah memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai pendidikan di Tingkatan 4, selain itu membina motivasi belajar dikalangan pelajar. Program orientasi ini dijalankan selama 2 hari melibatkan para pengurusan, guru kauseling dan ketua bidang dan bekas pelajar.
ceramah pengetua
ceramah B&K
pembentangan pelajar
motivasi bekas pelajar
↧