Pada 21 Julai 2016, pihak sekolah telah menganjurkan aktiviti pasar tani yang dianggotai oleh pelajar dan guru. Tujuan aktiviti pasar tani adalah untuk mendidik pelajar dalam ilmu perdagangan. Para pelajar begitu aktif dalam melibatkan diri dengan menjual hasil seperti kerepek, air minuman dan sebagainya. aktiviti ini dianjurkan setengah hari persekolahan.
↧
PASAR Tani
↧
KAWAT KAKI Kadet POLIS Peringkat DaeraH Sibu
Pada 30 Julai 2016, sekolah kita telah menghantar peserta kawat kaki yang dianggotai kadet polis diuruskan oleh Cikgu Andy dan Louis. Seramai 25 orang peserta dari pelbagai tingkatan menyertai pertandingan ini yang diadakan di IPD Sibu. Sebanyak 13 sekolah yang terlibat dalam pertandingan ini yang menampilkan kekuatan kawat masing-masing. Pihak sekolah tidak mendapat tempat dalam pertandingan kawat kaki, tetapi berjaya membawa balik pingat tempat ketiga acara menembak.
↧
↧
SAMBUTAN KEMERDEKAAN PERINGKAT ASRAMA
Pada 30.8.2016, Lembaga Pengurusan Asrama telah menganjurkan aktiviti kemerdekaan di Dewan Seri kenyalang bermula jam 630 petang- 1000 malam. Tujuan sambutan ini ialah memberi kesedaran kepada para pelajar erti kemerdekaan sebenar yang diperjuangkan oleh pejuang-pejuang kemerdekaan pada zaman dahulu kala. Para pelajar perlu dididik dengan nilai dan semangat kemerdekaan yang ditunjukkan oleh pejuang sebelum ini. Aktiviti yang dianjurkan pada malam ini ialah kibaran jalur gemilang, nyanyian patriotik dan ratu merdeka. Para pelajar dan waden asrama bersama-sama berkumpul di dewan untuk memeriahkan acara ini.
↧
Motivasi Halatuju Tingkatan 6
Pada 1.9.2016, unit bimbingan dan kaunseling dan tingkatan 6 memberikan ceramah motivasi halatuju kepada para pelajar Tingkatan 6. Tujuan ceramah ini ialah untuk membina kesedaran para pelajar mengenai pendidikan dan masa hadapan yang bakal ditempuhi mereka suatu hari nanti. Ceramah ini disampaikan oleh Cikgu Louis Pasu dari jam 0130 - 0300 petang.
↧
SAMBUTAN KEMERDEKAAN
Pada 8.9.2016, pihak sekolah menganjurkan sambutan kemerdekaan di Dewan Seri Kenyalang disertai oleh semua warga sekolah. Objektif penganjuran majlis ini adalah untuk membina kesedaran di kalangan warga sekolah tentang erti kemerdekaan dan juga untuk menghargai dan mengenang jasa-jasa pejuang kemerdekaan pada zaman dahulu kala. Pelbagai aktiviti dipertandingkan sepanjang bulan kemerdekaan iaitu melukis poster, menghias kelas dan asrama, kibaran bendera dan lain-lain. Majlis ini dimulakan dari jam 0700 pagi dan berakhir pada jam 1030 pagi.
↧
↧
Lawatan SMK Tebakang
Pada 1.10.2016, sekolah kita didatangi oleh pelajar-pelajar dan guru dari SMK Tebakang. Tujuan lawatan ini adalah untuk menimba ilmu dikalangan guru dan pelajar tentang pengurusan asrama sekolah. Sepanjang tempoh lawatan ini, para pelajar dan guru disediakan dengan pelbagai aktiviti oleh waden-waden SMK Luar bandar Sibu. Ketibaan pelajar dan guru disambut oleh para waden yang diketuai oleh Cikgu Minggu. Pada Malam Jumaat, taklimat disampaikan oleh Cikgu Hassan dan Cikgu Louis, manakala, pada hari Sabtu, sukaneka diuruskan oleh Cikgu Raphael dan waden lain-lain. Pada malam sabtu, para guru dan pelajar membuat persembahan di dewan sama ada menyanyi atau tarian. Para pelajar dan guru SMK Tebakang seterusnya balik ke sekolah mereka pada 3.10.2016.
Pelajar dan Guru SMK Tebakang
Persembahan guru
persembahan pelajar
↧
EXAMPLE CENDERAMATA YB GIRA
↧
CERAMAH ANTI ROKOK
Pada 11.11.2016, Lembaga Displin sekolah telah mengadakan ceramah anti rokok kepada para pelajar yang merokok selama ini. Seramai 30 orang pelajar yang terdiri dari tingkatan 1 hingga 6 menjadi peserta dalam program ini. Pukul 0800 hingga 0900 adalah ceramah oleh Kaunselor Cikgu Louis Pasu, pukul 0900 - 0930 eksperimen kesan rokok kepada paru-paru oleh Cikgu Hare.
Ceramah oleh Cikgu Louis
Eksperimen diuruskan oleh Cikgu Hare
↧
Majlis Anugerah Kecemerlangan 2016
Pada 18.11.2016 pihak sekolah telah mengadakan majlis anugerah kecemerlangan di Dewan Seri kenyalang yang dihadiri oleh YB Gira Anak Sambang. Objektif majlis ini ialah untuk memberi penghargaan kepada para pelajar yang cemerlang dalam akademik dan kokurikulum. Selain itu, majlis ini turut memberi penghargaan kepada para guru yang cemerlang dalam mengurus kelas masing-masing. dianggarkan 500 peserta termasuk ibu bapa yang hadir menjayakan majlis ini yang bermula pukul 0730 pagi hingga 1130 pagi.
Penyampaian hadiah oleh pengetua
Menyambut ketibaan YB Gira Sambang
Kehadiran pelajar dan ibu bapa
Anugerah pelajar Pra sekolah
VIP
Penyampaian hadiah oleh YB GIRA SAMBANG
Pelajar cemerlang SPM 2015
↧
↧
JaMUAN AKhir Tahun 2016
Pada 25.11.2016, pihak sekolah mengadakan jamuan akhir tahun di Paramount Hotel jam 0700 - 0945 pm. Jamuan ini bertujuan untuk memberi penghargaan kepada semua guru dan AKS yang telah menjalankan tugas dengan penuh dedikasi sepanjang tahun. Para PIBG juga dijemput bersama-sama menjayakan majlis ini. Aktiviti pada malam jamuan ialah meraikan guru yang berpindah iaitu cikgu Jason Menga yang ditukarkan ke SMK Bukit Asek, cabutan tiket bertuah, penyampaian sijil penghargaan unit KK dan HEM, persembahan para guru dan mencari man & ladies of the night. Majlis berakhir pada pukul 0945 malam.
Guru Berpindah sekolah (Cikgu Jason)
Penyampaian anugerah
Man & Ladies of the night
↧
Taklimat Pelajar Asrama 2017
Pada 2.1.2017, semua pelajar asrama berkumpul di dewan sekolah untuk mendengar taklimat daripada ketua waden dan para waden. Pelajar dianggarkan seramai 450 orang yang mendiami asrama dari Tingkatan 1-6. Taklimat pertama disampaikan oleh Ketua waden Cikgu Fadly menyentuh mengenai hal ehwal disiplin, asrama dan lain-lain yang berkaitan. Kemudian ucapan disampaikan oleh para guru waden yang lain. Taklimat ini diselesaikan sehingga jam 0900 malam.
↧
Orientasi Tingkatan 1 2017
Pada 3-6.1.2017, Unit B&K menganjurkan orientasi tingkatan 1 di dewan Sekolah yang dihadiri seramai 270 orang pelajar. Orientasi ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar baru mengenai persekitaran sekolah yang baru. Perkara-perkara yang dikongsikan oleh pengetua, PK HEM, PK 1 ialah berkenaan dengan disiplin, akademik, sukan dan permainan, peraturan dan lain-lain. Para guru B&K mendidik pelajar cara pengurusan diri, mengenali warga sekolah, belajar lagu sekolah, misi,visi, Teamwork dan lain-lain aktiviti. Orientasi ini ditamatkan pada hari Jumaat pukul 1200 Tengah hari dan pelajar memulakan sesi PDP seperti biasa pada minggu berikutnya.
Taklimat pengetua
sesi bersama Cikgu Louis
Team work bersama Cikgu Catherine
Pengurusan diri bersama Cikgu Celiaulas
↧
Orientasi Tingkatan 4
Pada 10.1.2017, Unit B&K telah mengadakan orientasi Tingkatan 4. Tujuan utama orientasi ini ialah untuk memberikan pendedahan kepada para pelajar mengenai pendidikan di Tingkatan 4 sama ada aliran sastera atau sains. Selain itu, para pelajar juga diberi pendedahan mengenai pendidikan kemahiran di kolej Vokasional atau Institut swasta. Pihak pengurusan juga diberi peluang untuk berkongsi dengan pelajar mengenai isu-isu pendidikan masa kini. Pihak HEM berkongsi dengan pelajar mengenai disiplin dan tanggungjawab pelajar, manakala PK Kokurikulum mengambil peluang mendaftarkan pelajar dalam aktiviti sukan, kelab dan permainan sepanjang tahun. Program ini dilaksanakan sepanjang sesi persekolahan.
↧
↧
Program JOM Ke sekolah
Pada 6.2.2017, pihak sekolah telah mengadakan program jom ke sekolah peringkat kebangsaan yang dianjurkan di sekolah. Tujuan utama program ini ialah untuk memberikan kesedaran kepada pelajar supaya tahu mengenai kepentingan pendidikan dan masa depan mereka. Justeru, para pelajar mesti rajin ke sekolah untuk menimba ilmu pengetahuan sebagai bekalan di masa depan. Program ini didahului dengan bacaan doa oleh Ustaz Mohd Fariz, disusuli dengan ucapan pengetua, perutusan Menteri pendidikan oleh Cikgu Fadly, perutusan ketua Polis Negara oleh En. Mohamad (pegawai perhubungan polis) dan perasmian peti aduan. Berikut adalah gambar sepanjang program :
Perutusan wakil ketua Polis Negara
Bacaan Ikrar oleh pelajar
Perasmian peti aduan
↧
Ceramah Hidup untuk Berjaya
Pad 7.2.2017, Unit B&K dibantu oleh penceramah dari Kolej Teknologi Sarawak telah mengadakan ceramah bertajuk "Hidup untuk Berjaya" Pelajar tingkatan 6 dan Tingkatan 5 dijemput untuk mendengar ceramah yang disampaikan oleh Mr Chee Suok Howe dari Kolej teknologi Sarawak. pengisian utama ceramah ini ialah untuk memberi kesedaran kepada para pelajar mengenai pendidikan dan masa depan mereka. Ceramah ini dimulakan dari jam 1130 - 130 petang.
↧
PAMERAN STUDY MALAYSIA
Study malaysia akan mengadakan pameran pada 25-26 febuari di RH Hotel pada pukul 10 pg - 5 ptg.
Para pelajar dan ibu bapa dijemput bersama-sama menjayakan pameran ini untuk masa depan
pendidikan anak-anak. Maklumat lanjut sila layari website www.study malaysia.com
↧
Gotong royong dikalangan pelajar dan guru
Pada 12.2.2017, sekolah telah mengadakan projek gotng royong selama 30 minit untuk membersihkan beberapa kawasan seperti sekitar asrama, dewan, tapak pembuangan sapah, kelas dan sekitar kawasan. Semua guru dan pelajar besama-sama menjayakan aktiviti ini untuk mengalkkan gaya hidup sihat di kalangan warga sekolah.
Tapak pembuangan sampah
Sekitar asrama
Kawasan asrama
Pembersihan dalam kelas
↧
↧
SUKAN TAHUNAN
Pada 15-17.2.2017, sekolah telah mengadakan sukan tahunan untuk mencari bakat pelajar dalam sukan dan permainan. Selain itu, tujuan sukan diadakan untuk mengalakkan pelajar menyertai kegiatan kokurikulum supaya menjalani kehidupan yang sihat dari segi jasmani dan emosi. Pada hari pertama (15.2.2017), acara padang seperti lompat tinggi, lompat jauh, lontar peluru, lempar cakera dijalankan di sekolah. Pada hari kedua (16.2.2017), sukan dijalankan di Stadium Tun Zaidi Adruce Sibu melibatkan acara balapan. Pada hari ketiga sukan diteruskan di sekolah melibatkan acara akhir seperti lontar peluru, lembing, lompat jauh, cakera dan acara pegawai. Tamat acara pegawai, majlis penangguhan dilaksanakan di dataran perhimpunan, Sukan tahunan ditangguhkan pada jam 1200 tengah hari. Pada tahun ini, 56 Rumah Sukan dipertandingkan iaitu Patinggi Ali, Banting, Rentap, Rosli Dhoby, Sharif Masahor dan Linggir. Rumah sukan yang menduduki tempat pertama tahun ini ialah Syarif Masahor, manakala tempat terakhir ialah Banting.
↧
Gotong royong ibu bapa di asrama
↧
TEKNIK MENJAWAB SOALAN
Teknik menjawab soalan ini disampaikan oleh Dr. Raju iaitu pensyarah dari Universiti Putra Malaysia. Para pelajar didedahkan dengan teknik menjawab Matematik dengan cara yang mudah. Para pelajar Tingkatan 3 dan 5 diberi peluang untuk bersama-sama memanfaatkan teknik belajar yang dikemukakan ini selama 3 jam dari pukul 1030-130 petang di dewan seri kenyang sekolah. Setelah tamat sesi cara menjawab ini, para pelajar dijemput ke UCTS untuk mengetahui teknik belajar dalam mata pelajaran BM, Sains, Matematik dan subjek teras yang lain. Bayaran mengikuti seminar di UCTS sebanyak RM 150 seorang. Program ini akan diadakan pada 26.2.2017 bermula jam 0730 - 0530 petang.
↧