Pada 7-9.1.2019, Unit Bimbingan dan Kaunseling telah mengadakan orientasi Tingkatan 1 dan KP. Tujuan uatma program ini ialah untuk memberi pendedahan kepada para pelajar berkenaan dengan peraturan sekolah menengah, gaya belajar, membina hubungan dikalangan pelajar, mengenali warga sekolah, menyesuaikan diri di sekolah menengah dan lain-lain perkara. Seramai 250 orang pelajar Tingkatan pada tahun 2019 yang terlibat dalam program ini.
↧
Orientasi Tingkatan 1
↧
Orientasi Tingkatan 4
Pada 15.1.2019, Unit Bimbingan dan kaunseling telah mengadakan orientasi Tingkatan 4. Tujuan utama orientasi ini untuk membina kesedaran pelajar mengenai pemilihan mata pelajaran di Tingkatan 4. Selain itu para pelajar diberi pendedahan mengenai pendidikan kerjaya selepas SPM, STPM/Diploma dan Ijazah. Semua pelajar Tingkatan 4 berkumpul di dewan Seri Kenyalang bermula dari jam 0700 pagi - 0130 petang. Pengetua dan penolong-penolong kanan diberi pelaung untuk berkongsi dengan pelajar dalam pelbagai isu akademik dan disiplin.
↧
↧
Pendidikan Kerjaya
Pada 16.1.2019, Unit Bimbingan dan kaunseling mengadakan ceramah pendidikan kerjaya untuk para pelajar Tingkatan 5. Tujuan utama ceramah ini ialah untuk memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai pendidikan kerjaya di masa depan. Para pelajar juga didedahkan mengenai cara-cara menghadapi temuduga. Semua pelajar tingkatan 5 berkumpul di dewan seri kenyalang pada jam 1200 dan tamat pada 0130 pm.
↧
PERHIMPUNAN JOM KE SEKOLAH
Pada 30.1.2019, Unit B&K mengadakan program jom ke sekolah di dataran perhimpunan melibatkan semua pelajar dan warga sekolah. Pengisian perhimpunan ini ialah ucapan pengetua, ucapan PK Hem, ucapan pegawai polis Inspektor Kumares dan aku janji pelajar. Tujuan perhimpunan ini ialah untuk membina kesedaran pelajar berkenaan pentingnya pendidikan di masa depan. Selain itu para pelajar diberi pendedahan berkenaan peraturan dan undang-undang oleh inspektor polis. Perhimpunan ditangguhkan pada jam 0930 pagi.
↧
MESYUARAT AGUNG KOPERASI
↧
↧
Mesyuarat Agung PIBG
Pada 16.2.2019, PIBG telah mengadakan mesyuarat Agung di SMK Luar Bandar No.1 Sibu pada pukul 0730 pagi. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh YDP PIBG En. Wissly Amis Anak Nyalu. Tujuan mesyuarat ini ialah untuk membuat pemilihan AJK PIBG yang baru untuk tahun 2019-2021. Pemilihan kali ini masih mengekalkan En. Wissly Amis anak Nyalu kekal sebagai YDP. Selain pemilihan AJK baru, mesyuarat ini membentangkan usul yang dibangkitkan oleh ibu bapa, menjelaskan program yang dianjurkan PIBG tahun ini, taklimat pra keputusan STPM oleh PK Tingkatan 6, Taklimat HEM dan Taklimat PK 1. Majlis kemudian ditangguhkan pada jam 1200 Tengahari.
↧
JOM KE SEKOLAH Peringkat Kebangsaan
Pada 18.2.2019, pihak sekolah mengadakan program jom ke sekolah peringkat kebangsaan di dataran perhimpunan. Kali ini program ini dihadiri oleh Inspektor Azuan bin Muhamad dari IPD Sibu (Jabatan Siasatan Jenayah). Tujuan program ini diadakan ialah untuk menjalinkan kerjasama diantara sekolah dengan Polis dalam usaha membanteras pelbagai gejala salah laku dikalangan pelajar. Para pelajar mendengar amanat daripada Menteri Pendidikan yang dibaca oleh Cikgu Louis, manakala amanat KPN dibaca oleh Inspektor Polis. Majlis ditangguhkan jam 0800 pagi.
↧
Majlis Pesaraan Cikgu Raden Anak Tedong
Pada 21.2.2019, sekolah telah mengadakan majlis pesaraan Cikgu Raden di dewan Seri kenyalang. Maljis dimulakan seawal jam 0930 pagi. Semua pelajar dan warga sekolah berkumpul di dewan. Cikgu Raden yang diraikan diiring dari pejabat oleh jawatankuasa persembahan dan protokol. Pelbagai persembahan diadakan untuk memriahkan majlis tersebut. Majlis makan juga diadakan dan akhirnya diakhiri dengan majlis lambaian kasih. Berikut adalah gambar aktiviti semasa majlis tersebut :
↧
Jamuan welcoming
↧
↧
Lawatan Universiti Christian Chang Jung
Pada 28.2.2019, sekolah kita telah dilawati oleh Universiti Christian Chang Jung dari Negara China. Tujuan lawatan ini ialah untuk memberikan pendedahan kepada para pelajar mengenai pendidikan yang ditawarkan di universiti berkenaan, biasiswa yang diberikan dan lain-lain. Mereka juga memberikan semangat dan motivasi kepada para pelajar supaya belajar bersungguh-sungguh. Selepas taklimat dan motivasi, mereka dibawa oleh pengetua melawat sekitar kawasan sekolah.
↧
Ziarah Cakna di Rumah Dindang
↧
KEPUTUSAN STPM 2018
Pada 12.3.2019, keputusan STPM telah diumumkan di seluruh negara. Sekolah kita telah mencapai gred purata sekolah 2.95. Keputusan ini adalah keputusan yang terbaik sejak Tingkatan 6 ditubuhkan di sekolah ini. 12 orang pelajar mendapat PNGK melebihi 3.0. Pelajar terbaik ialah Sophia Anak Dempi mendapat pngk 3.67. Berikut adalah senarai nama pelajar yang mendapat keputusan melebihi pngk 3.0 :
↧
KEPUTUSAN SPM 2018
Pada 14.3.2019, keputusan SPM telah diumumkan di seluruh negara. Sekolah kita memperoleh keputusan yang begitu baik berbanding tahun-tahun lepas. Gred purata sekolah telah meningkat kepada 4.63. Seramai 23 orang pelajar mendapat keputusan yang membanggakan iaitu 5A dan ke atas. seorang pelajar mendapat 9A iaitu Roslind Bermas Anak Ragai. Berikut adalah senarai pelajar yang mendapat 5A dan ke atas :
↧
↧
PERKHEMAHAN UNIT KK
Pada 22-24.3.2019, Unit KK sekolah telah mengadakan perkhemahan di tapak perkhemahan belakang sekolah. Tujuan utama aktiviti perkhemahan ini ialah untuk menyemai semangat kekitaan, mengeratkan hubungan silaturahim, melatih peserta hidup berdikari, melatih disiplin diri, tanggungjawab mengurus dan lain-lain. Perkhemahan ini diadakan 3 hari 2 malam diselit dengan pelbagai aktiviti untuk melatih pelajar berdisiplin dan berdikari. Peserta perkehmahan pada kali ini terbuka kepada semua pelajar. Seramai 106 orang pelajar dari pelbagai tingkatan yang melibatkan diri. Pengalaman yang diperolehi dari aktiviti yang dianjurkan akan menjadi bekalan pelajar di kemudian hari. Berikut adalah gambar aktiviti sepanjang program.
↧
SUKAN TAHUNAN
Pada 15-17.4.2019 sekolah tleah menganjurkan sukan tahunan. Objektif penganjuran sukan ini ialah untuk mencari bakat pelajar dalam bidang sukan dan permainan. Selain itu, untuk memupuk perpaduan dan semangat berpasukan dikalangan guru dan pelajar. Penganjuran sukan ini melibatkan 6 buah rumah sukan iaitu Rumah Sukan Banting, Patinggi Ali, Syarif Masahaor, Rosli Dhoby, Linggir dan Rentap. Majlis penangguhan sukan ini dirasmikan oleh YB Ir. Christoper Gira anak Sambang Adun Tamin.
↧
NYANYIAN SOLO PERINGKAT DAERAH SIBU
Pada 17.4.2019, sekolah kita telah mengantar 2 orang peserta untuk menyertai nyanyian solo di SMK Sacred Heart Sibu. Hasil daripada pertandingan tersebut, sekolah kita kategori perempuan mendapat tempat pertama, manakala kategori lelaki mendapat tempat kedua. Sekolah kita juga mendapat juara kategori persembahan. Peserta kita yang menyertai pertandingan ini ialah Morison Mancha dan Ester Elisya Mau (2A). Jurulatih yang melatih pelajar ini ialah Cikgu Judo dan Cikgu Louis. Pelajar-pelajar dan guru jurulatih dianugerahkan sijil sebagai penghargaan.
↧
LAWATAN KSU KPM
Pada 17.4.2019, sekolah kita telah dilawati oleh KSU KPM. Tujuan lawatan ini ialah untuk membuat pemantauan berkenaan dengan loji kumbuhan asrama, tangki high level tank asrama, van, dan lain-lain kemudahan yang perlu ditambahbaik untuk warga sekolah. Pihak sekolah berharap lawatan ini akan membawa banyak perubahan kepada sekolah. KSU berangkat pulang pada jam 630 petang.
↧
↧
GOTONG ROYONG PIBG
Pada 4.5.2019, sekolah telah mengadakan gotong royong bersama dengan ibu bapa. Gotong royong kali ini melibatkan ibu bapa dari kawasan Tamin hingga Balingian. Seramai 80 lebih orang ibu bapa bersama-sama menjayakan gotong royong ini. Tujuan aktiviti ini ialah untuk mengindahkan kawasans sekolah, membersihkan kawasan sekeliling dan mengeratkan hubungan dikalangan guru dan ibu bapa. Program dimualakan seawal pukul 0800 pagi dan bersuari jam 1100 pagi.
↧
HARI GURU
Pada 3.5.2019, sekolah telah mengadakan sambutan hari guru di dewan seri kenyalang. Tujuan sambutan ini ialah untuk menghargai peranan dan jasa guru dalam dunia pendidikan. Semua pelajar dan guru berkumpul di dewan. Pelbagai persembahan yang menarik daripada para pelajar seperti nyanyian, tarian. Selain itu, para guru yang menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam mp SPM 2018 telah diberi sijil sebagai tanda penghargaan. Hari guru dimulakan jam 7 pagi dan ditangguhkan pada jam 1030 pagi.
↧
HARI GURU DAN GAWAI RAYA DI TANAHMAS HOTEL
Malam 4.5.2019 sekolah telah mengadakan hari guru dan gawai raya di Hotel Tanahmas. Tujuan perayaan ini disambut untuk menyemai ikatan dikalangan guru dan kakitangan sokongan. Selain itu, meraikan perayaan pelbagai kaum adalah amalan yang baik untuk mengeratkan hubungan silaturahim dalam pelbagai bansa dan agama.
↧